Aku Hanya Aku

Dunia ini ternyata ada pahit manisnya,
Macam kita makan kek tapi rasa kopi.
Bila kita minum kopi tapi rasa kek.




Macam tu la duniakan?
Ada benda yang kita tak sangka-sangka datang menjenguk kita.
Masa tulah terasa macam dunia ini tunggang terbalik.


Aku nak kongsi sesuatu setelah berhari-hari aku tak menaip ni.
Gatal pulak jari jemari ni.
Ternyata aku sudah mula berfikir sesuatu apabila masalah dan dugaan tak henti-henti jatuh daripada langit ke atas riba kami tanpa memberi sebarang amaran ke atas kawan-kawan aku.



Seperti sebelum ini,
aku pernah menyuarakan cerita berkenaan di post aku sebelum ini Aku Pendengar Setia.




Tahun ini Tahun SPM bagi kami batch 2011.
Ini berkenaan dengan classmate aku.
Tahun ini sahaja berlimpangan masalah yang bertaburan diatas lantai kelas kami.
Aku hanya terkilan dengan dugaan ini.
Adakalanya, aku terasa berada ditengah-tengah jalanraya yang penuh dengan kereta yang lalu lalang ingin memberi tumpang kepada aku.
Bayangkan kereta-kereta itu semua bagaikan kawan-kawan aku
Yang mana satu harus aku tumpang.
Padahal mereka ini kawan-kawan aku.
Inilah jalan yang aku pilih, tinggalkan diri ditengah jalan raya itu lebih baik.
Daripada membuatkan hati kawan-kawan aku ini terguris.


Bila mereka stress hati mereka mula tidak terkawal
Segala perasaan yang dulunya bersabar mula mudah menjadi pemarah
Dulu wajahnya selalu senyum manis kini sudah mula menjadi senyuman pahit darinya
Aku hanya beranggapan ini semua dugaan SPM bagi kami.

"Semoga Tuhan mempermudahkan urusan kami, kembalikanlah persahabatan mereka yang sudah renggang"
amin.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...