Jalan Tengok Suka ♥

Jalan-jalan sini !
Sangat suka tengok gambar-gambar kat sini.



Gambar orang kahwin
Ni yang buat aku berangan lebih ni. hehehe.

Leena Alyna : Hari ini saya jatuh , saya akan pastikan esok saya akan bangkit. Pastinya saya tak akan mengalah.

Malaysia Tetap Dihati ♥

Malam 28 July memberi kesedihan kepada rakyat Malaysia
Angan-angan Malaysia ke pusingan ke 3 untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2014 terkubur



Aku yang berada di stadium agak terkilan dengan sikap pengadil dan para permain Singapura mahupun Malaysia
Serius nak nangis lepas Singapura menyumbat gol penyamaan 1 - 1
Sebabkan ramai orang kiri kanan leena 
Balik rumahlah nangis 


Namun, rezeki itu datang daripada Tuhan
Kita hamba hanya mampu bersedia dengan apa jua keputusan dan belajar menerima kenyataan
Nak marah pun tak guna
Benda dah lepas
Apa-apa pun leena tetap sokong Malaysia !


Stay kat stadium sampai game semalam habis.
Menang kalah sudah adat pertandingan
Kita hanya mampu berdoa
Tuhan yang SATU menentukan segalannya
MALAYSIA TETAP DIHATI

Leena Alyna : Hari ini kami kalah ,tapi kami tetap menang di hati kami . Apa yang jadi membuatkan seseorang itu lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Usahalah !

Berani kerana BENAR ♥

Manusia ini sememangnya tak pernah puas dengan apa yang dia adakan?
Sudah lumrah kehidupankan?
Senang cerita , inginkan segalanya sempurna
Padahal , semua yang sempurna pasti ada juga kekurangannyakan
Orang yang bersalah je takot nak mengaku dia buat salah lepas tu mulalah nak cari kesalahan orang tu bagai.
Padahal dia tak sedar yang di pulak yang over gelabah semacam
Takutlah tu
Sebaliknya pula kepada yang dituduh
Si dia senyap semacam je
Katanya, malas nak fikir hal kecil yang diperbesar-besarkan
Aku sokong


Bak kata orang "Berani kerana BENAR , takot kerana SALAH"
Jadi , tengok-tengok dan selamat berfikir :)

Leena Alyna : Manusia yang sempurna ialah manusia yang menjaga hati dan imannya dengan baik

Janji TeRtunai ♥

Janji saya ke Bukit Jalil ! Telah tertunai.


COPPPP !
SAYANG ABAH SAYA KETAT-KETAT !
saya dapat surprise daripada abah. Jadi saya dan angahlah paling suka.


Leena Alyna : Tak nak cakap banyak , Musuh Jangan Di cari , Rezeki datang bawak larilahkan.

Bahagia Akan Datang

Teknik menjawab soalan Information Technology and Communication (ICT)
Pagi ini membawa kami pelajar bidang ini tidak melangkah masuk ke Perhimpunan Rasmi.


Lari aku mendapatkan partner ICT aku
Kawan baik dari tadika hingga kini
Syukur

Perbualan dia telah memecahkan kesunyian kami sementara untuk masuk ke dalam Seminar Room.
A : Na, aku terasa sunyilah single ni. Duduk rumah tak massage sesiapa. Cemburu aku tengok adik aku.
B : Eh, kau ingat aku tak sunyi ke? Aku nampak je diam.Tapi Tuhan je tahu.
A : Kau lain , kau ada abang-abang yang boleh back up kau.
B : Copp! abang? tak ada makna semua tu. Dia orang tak akan cari aku kalau dia orang tengah senang.
A : Sunyilah Na.
B : Sabar.Dengar pesan aku dulu. Aku lagi lama dari kau. Kau baru sebulan.Masih awal. :)


Sunyi sememangnya perasaan asing bila kita tiada siapa-siapa disisi.
Telefon tangan yang dulunya sering berdering.
Tetapi senyap semenjak itu
Sedih pastinya terasa
Bohong jika aku tidak mempunyai perasaan sebegitu
Namun aku harus sabar menunggunya bahagia kembali ke pangkuan

Leena Alyna : Tiada manusia yang pernah lepas daripada dugaan dunia , tetapi tak bermakna kita harus jatuh kerana beratnya dugaan itu tapi bangkitlah.

Terima Kasih Mak ♥

Mak
Seorang MAK yang amat mengasihi aku dari kecil
MAK seorang ibu angkat yang aku anggap seolah ibu sendiri


Perjumpaan aku petang ini bersamanya cukup terasa kehibaanya
Sudah hampir setahun tidak berjumpa semenjak raya tahun lepas
Usah ditanya soal rindu
Tidak tergambarnya kerinduan itu
Topik perbualan aku dengan MAK menjadi rancak dan panas
Setelah MAK menanyakan soalan tentang LELAKI yang beraya dengan aku di rumahnya tahun lepas
Aku tergamam , diam seribu bahasa
Terasa bagai halilintar menyinggah ke hati dan perasaan
Tapi ,demi menjaga hati si MAK
Aku menjawabnya dalam nada kehibaan
Namun bergitu aku masih punyai SENYUMAN yang singgah ke wajah MAK


Terima Kasih mak , 
Sebab memahami


Leena Alyna : Aku rempuh segala dugaan untuk aku kecapi kebahagiaan , walaupun payah sebenarnya.

Aku Terkilan , Sungguh Aku Serba Salah

Pagi aku dikejutkan berita kesedihan
Malangnya duit dalam sim card aku tiada
Aku duduk menghadap tingkap kamar yang sedang kepala dipenuhi tanda tanya

Cuaca tidak mengizinkan aku untuk keluar
Sedang tenang aku berbaring
Muzik telefon tangan aku berdering minta untuk diangkat
Terpampar suatu nama yang sememangnya aku nantikan




Setelah tamat perbualan , talian dimatikan
Sememangnya berita yang kuterima benar
Sudah 3 hari dia koma
Aku sudah hampir serba salah
Sebab kesibukkan aku
Aku terima berita menyedihkan


Walaupun aku tahu dia selamat
Tapi, wajarkah aku tidak ambil peduli lagi tentangnya
Aku memohon kepada tuhan agar aku bertemunya sekali lagi
Amat merindunya 
Aku Terkilan , Sungguh Aku Serba Salah.

Ya Allah, dugaan ini berat sungguh aku terima.Kau selamatkanlah dia. Permudahkanlah segala urusannya.

Leena Alyna : Adakalanya , kita akan hilang peluang kedua yang Tuhan berikan tanpa disedari. Jika diberi peluang , hargailah.

Sungguh Aku Terharu ♥

Hari yang benar-benar aku nantikan
Lupakan sekejap soal apa yang jadi minggu ini
Kepenatan yang teserlah terpancar itu
Ku lenyapkan seketika


Duduk di bilik yang tenang
Melayan Mukabuku kesayangan serta menghadap skype yang disukai


Aku cukup pelik pada hari ini
Ramai yang mencari
Tapi yang mencari itu semua bekas pemilik hati
Namun tidak aku hiraukan
Usah sedihkan hatimu leena
SENYUM menghadap kegembiraanmu sekarang


Hei , aku tdur lambat malam ini
Pukul 3 pagi yoww
Terlalu lama menghadap skype


Mungkin ini kali pertama aku terhutang budi dan kasih kepada insan bernama A.
Cukup terhibur aku malam ini
Belajar tuisyen jarak jauh
Waw! aku sendiri kehairanan
Fisrt time sebegitu rupa
Subjet Math menjadi pilihan
Aku amat happy diajar untuk memahami
Syukur aku dapat memiliki sedikit ilmu dan teknik daripadanya
Walaupun dia yang sering kelihatan bertepuk dahi mengajar aku yang tension bagai
Sungguh Aku Terharu 



Leena Alyna : Hadapi kesakitan hidup adalah nikmat , kita tak merasai apa-apa kenikmatan bila kita tak lalui kesakitan itu sendiri

Masa Diganggu Takdir

Masa kini diganggu dengan pelbagai hal
Tinggal sebulan lagi untuk aku duduki trial yang agak menakutkan hati
Apa bakal terjadi 
Apa keputusan aku nanti
Aku punya lutut sudah goyang
Aku punya hati sudah berdegup kencang
Aku berserah takdir dengan segala usaha yang aku lakukan

Maaf
Aku sendiri tidak mempunyai masa mengupdate catatan harian 
Aku masih mempunyai kerja yang harus dilakukan
Assigment dan kerja kursus masih menimbun menanti


Leena Alyna : kekasih manusia adalah Tuhan , kekasih itu sahaja mampu menunaikan segala pemintaan kekasihnya.

Aku Bukan Pembenci Cinta

AKU bukan tak percaya CINTA
AKU cuma takut nak BERCINTA
AKU takut sama PENYANGAK CINTA

A : Asal tak nak couple?
B : Pandai lagi ke aku nak main couple-couple ni?
A : Seronok. Aku tanya kau? Kau tanya aku balik apahal?
B : Sebab aku sendiri tak tahu kenapa. Pernah dengar lagu Liyana Jasmin kan? Aku tak percaya cinta... DAH KOT. 
A : Bergurau sakan kau. Serius please. Ke kau ni pembenci cinta?
B : Perlukah serius dalam hal yang tak berapa penting ni? Aku tak sampai lagi tahap tu la kawan
A : Hai kau ni
B : Berhenti tanya aku soal ini. Mungkin betul kata seorang kawan aku. Bila mangga yang dah hilang kuncinya. Mangganya pula sudah dipatri. Payah.
A : (sekadar geleng kepala)
B : Apa?

Bercinta bukan suatu perkara main-main
Kali ini harus aku berhati-hati dalam memilih
Aku berdoa dia yang terakhir bergitu
Semoga Tuhan memperkenan doa aku

Aku takkan biarkan hati yang sudah beberapa kali berkecai itu kembali berkecai semula
Jadi pilihan aku untuk memilih siapa adalah hak pribadi aku
Usah dipaksa untuk menerima
Sebab cinta datang daripada hati bukan dari bibir dan kata-kata semata-mata
Maaf..


Tembak kedukaan yang menjahanamkan

Leena Alyna : Dunia hati aku belum kiamat lagi , hanya menunggu hujan dan ribut kembali reda dan matahari kembali bersinar semula.

Cabaran Melupakan Ternyata Hebat

Cabaran adalah pelengkap kehidupan
Aku pernah gagal dan aku berusaha untuk berjaya


Hari ini sedang elok aku beroperasi bilik yang agak memeningkan kepala tu
Aku terjumpa sesuatu
Suatu memori Suatu kenangan
Dan akhirnya
Suatu kesakitan yang membawa kesedihan
Sememangnya Cabaran Melupakan Ternyata Hebat



Namun, aku nyahkan perasaan itu
Walaupun air mata dah menyembah bumi
Apa yang harus aku lakukan
Seperti biasa
Memujuk diri sendiri
Usah mengharap pujukan orang lain untuk melihat kita bahagia
Walapun kenyataannya kurang bahagia


Leena Alyna : Hentikan tangisan, tak ada air mata yang mampu mengembalikan kenangan yang dah MATI.

Sayang Kawan-Kawan Saya ♥

Statement yang betul-betul aku suka

Kawan bagi aku adalah segalanya
Bukan masa aku single atau pun sedang dalam perhubungan sahaja
Tapi merekalah segalanya

Tanpa mereka
Tanpa sokongan mereka
Aku pasti jatuh dihanyut dunia dan perasaan sendiri




Teringat ketika aku teruk dilanda ombak kekecewaan
Hanya mereka yang memahami mampu menyejukkan hati dan perasaan yang gundah gelana itu
Sehingga semuanya berjalan seperti biasa
Sahabat yang menyakitkan aku tolak ke tepi
Maaf
Mereka tidak memahami bukan tak berguna
Aku tak berdendam




Sudah adat kehidupan
Persahabatan adalah segalanya tapi kalau tiada angin masakan pokon bergoyang
Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula sahabat handai sendiri
Itulah yang dikatakan adat
Apa jua hubungan yang terbina
Pasti ada ribut yang singgah memberi angin yang dasyat
Yang pastinya bagaimana kita membuat persediaan untuk meredah ribut yang dasyat itu
Pergaduhan tidak membawa apa-apa penyelesaian
Yang kecil mampu di 
Apa-apa pun SENYUM 



[Hulurkan kemaafan walaupun benci selamanya]
Aku tenangkan hati aku dengan menghulurkan kemaafan kepada mereka yang menyakitkan
Aku tahu itu sahaja penawar keresahan

Leena Alyna : Siapa yang saya sayang. Anda tahu diri anda :)

Sedikit Dugaan Kesabaran

Aku masih punyai kesabaran yang mendalam setelah segala usaha aku dijilat habis oleh encik VIRUS yang tak bertanggungjawab

Aku bersabar dan terus membuatnya semula walaupun dalam keadaan hati yang sedikit kesebakkan
Nak marah pun tak tahu nak marah siapa , diri sendiri juga ada silapnya

Si Bonda kesayangan, hanya senyum melihat tingkah laku si Anak yang sedang bercelaru dan sedikit gabra di hadapan screen laptopnya

Sesungguhnya, senyuman Bonda mampu meredakan hati anak yang sedang berkecamuk yang ala-ala putus cinta
[SENYUM]

Leena Alyna : Semoga hari ini tidak akan merosakkan hari aku pada esok hari.

PLKN PLKN PLKN 2012

Kesemakan PLKN boleh disemak mulai 11 July
Hari pertama website sangat jem
Ramai sangat pelajar batch yang lahir tahun 1994 yang excited nak cek
Aku tercari-cari , terkebil-kebil mata menahan geram
Pujuk si hati , biarlah lantak


Hari kedua 12 July
Persoalan aku ditanya sudah terjawab
Aku tidak terpilih , huh! melanda sedikit frust

Banner

Tidak mengapalah , aku sudah nampak apa yang hendak dibuat selepas tamat kertas yang kemungkinannya GEOGRAFI yang merupakan kertas terakhir aku
Kepada yang dapat , nikmatilah anda adalah 140 000 orang yang terpilih dan beruntung


Mereka Teristimewa ♥


Mari Berkongsi kisah Leena dengan soalan-soalan panas rakan-rakan.
[Sebelum tu. kasi tunjuk gigi kamu semua]
"Jawab semua soalan ok, u dah janji.Kalau mungkir munafik tau"
_____________________________
1. Nur Izzati (2 Tahun)
Seorang kawan yang mempunyai daya tarikan memandang yang memukau! wauuu! hehe.

 Kau ceritakan tentang hati dan kehidupan kau?
Leena: Agak blur dengan soalan ini. Maybe maksud cik Z ni kehidupan aku sekarangkan? Ok, staraight to the point.Kehidupan aku still macam biasa, masih tersenyum,tidak menangis. Enjoy dengan kawan-kawan.Walaupun adakalanya,bencana datang tanpa amaran.Tapi, aku tak nak jatuh sebab takdir aku yang agak membebankan tapi bagi aku, aku akan anggap apa yang jadi dengan aku adalah dugaan kecil. Masih ramai yang mempunyai bebanan yang lebih berat dari aku.Masih panjang kehidupan aku untuk diteruskan. Jadi if korang tengok aku sedih-sedih kasi ketuk ini kepala ok? :). Berkenaan dengan hati,wahhhh! hati aku macam inilah. Kejap kecil kejap besar sudah lama tak center ma... :D
_____________________________
2. Ijlali Husna (10 Tahun)
Seorang bff terhebat. Pahit getir aku tersimpan ketat didirinya.Terima Kasih kawan.

a) Apa benda pelik yang pernah kau dapat?
Leena: Dua ekor kura-kura untuk dibela sebagai hadiah birthday daripada seorang rakan istimewa walaupun dia dah hilang daripada pandangan mata. :)

b) Pernah couple berapa kali?
Leena: 7-9 kali. hehe

c) Apa ciri-ciri lelaki idaman?
Leena: Soalan panas! Suka-suka. Okey, simple je pilihan aku. First, lelaki yang jujur bukan kaki kelentong, understanding person, terima seadanya aku, dia hormat cara aku aku hormat cara dia, open minded, yang akhir sekali dia berjaya mencairkan si keras hati dan si keras kepala ini. Hehe. That why, korang pun tahu aku macam manakan? :)

d) Apa pendapat kau tentang cinta dan persahabatan. Yang mana lebih kekal lama?
Leena: Soalan Panas! Cinta itu indah tapi ada duri yang tajam dan memiliki racun berbisa.
Persahabatan itu indah tapi punyai banyak drama bersiri yang membuat kita berfikir yang mana kawan dan yang mana lawan. Pilihan aku adalah persahabatan yang mampu bertahan lama jika masih mempunyai persefahaman yang terbaik. Tapi harus hati-hati dengan duri dalam daging.

e) Warna yang menjadi kegemaran ketika dulu?
Leena: Soalan mengenakan akulah ni,kawan-kawan aku pun tak pernah tahu hal ni. hehe. aku pernah obses dengan warna pink dulu. Jambu gila aku meyhh. Percaya tak percaya dulu segala pilihan aku warna pink. Sumpah kelakar. Now, pilihan aku black colour. Jauh menyimpang sudah. :)

f) Cara menangani perasaan sunyi?
Leena: Cara aku senang, buat satu perkara yang menjadi minat kita. Habiskan masa dengan kawan-kawan. Relek dan amalkan beriadah.Untuk aktiviti riadah aku banyak menhabiskan masa sendirian untuk mengosongkan fikiran dan melapangkan ruang-ruang sempit di hati aku. :)

g) Apa benda yang selama ini kau nakkan tapi tak kesampaian?
Leena: Kasih Sayang Seseorang :)
_____________________________
3. Abdul Azim (4 bulan)
Seorang yang mengagumi aku, bakal rakan kongsi aku, :)
Bagaimanakah miss leena mampu untuk membahagikan masa antara kehidupan seharian sebagai calon SPM 2011 dan dunia blogging dengan baik sekali kerana saya tahu bukan calang-calang orang mampu melakukannya kebanyakan terpaksa menangguhkan dulu aktiviti blogging mereka sehingga habis exam. Adakah ini yang dikatakna minat mengatasi segala-galannya?
Leena: Minat gila dengan soalan azim ni, nak memblogging tak ada salahnya bagi kami pelajar SPM. Kadang-kadang di blog juga adalah tempat dimana kami meluah perasaan dan melepas stress. Seperti leena sendiri, wujudnya blog leena yang ketiga ini adalah kerana leena tak boleh berengang dengan blogging.Lepas delete,mesti buat baru lagi. Gatal tangan ni.:)Malah, disinilah juga tempat Leena berkongsi rahsia dan perasaan.  Blogging tetap blogging tetapi masih ada sesi pembelajaran dirumah . Ya! bagi diri leena inilah yang dikatakan minat. Adakalanya leena banyak menghabiskan masa mengadap blog ni,manakan tidaknya. Leena memang minat dengan benda-benda macam ni.Sampai satu ketika teruk dimarah bonda tersayang :)
_____________________________
4. Zahura (2 Tahun)
The best friendlah, teman gila-gila. Tempat berkongsi cerita.

a) Kat mana tempat kau akan pergi masa kau sedih dan untuk tenangkan diri sorang-sorang?
Leena: Rahsia diselongkar sudah, mesti jawabkan?:D Ermm, 2 tempat kegemaran aku. Taman Bukit Jalil dan Taman Tasik Permaisuri. Biar jauh,asal aku dapat tenangkan fikiran yang bercelaru.

b) Kau suka kawan dengan aku?
Leena: Mestilah suka,kalau tak suka.Aku dah lari jauh-jauh.Kau memahami orangnya. Sebenarnya kita ni sekepala. Cuma belum ada rezeki nak tahu je.

c) Kau ada benda tak puas hati dengan aku tak dari dulu sampai sekarang?
Leena: Mari aku berfikir sekejap,ummmmm, tak adalah sayang. Don't worry,aku diam.Aku tak simpan apa-apalah.
_____________________________
5. Siti Zuraidah (8 Tahun)
Teman pernah kehilangan dulu,kini persahabatan kami bersatu kembali. :)

Saya nak tahu bila awak nak couple?
Leena: Uppppss! panas-panas! hehehe, suatu hari nanti. Tak tahu bila, hanya menanti hadirnya hari tersebut. :)
_____________________________
6. M.Shafiq Haikal (4 Tahun)
Dia mengenalkan aku dengan kehidupan. Suatu memori. Seorang yang understanding.

a) Borang tender ada lagi tak?
Leena: Hahaha! sengal kamu. Selagi aku hidup borang tu takkan pernah habislah bro.:)

b) Masih ada perasaan tak puas hati dengan aku?
Leena: Tidak sama sekali. Jika ada, aku dah berhenti berhubung dengan kau. Tapi sedikit perasaan jeles bagai tu banyak gilalah.haha. :D Bukan kau tak kenal cik Leena ini.
_____________________________
7. Ahmad Fikri (3 Tahun)
Teman terhebat, seronok berkongsi cerita dengan dia.

a) Siapa awak 10 tahun nanti?
Leena: Sudah menjangkau 27 tahun, insyallah sudah mempunyai keluarga. Sudah berjaya mencapai cita-cita.
b) Masih membenci istilah cinta?
Leena: Cinta tak ada salahnya harus dibenci,tapi orang yang tidak menggunakan cinta itu sebagai sesuatu yang berharga harus dibenci. :) Tidak akan sama sekali. Cinta itu indah.Keindahan cinta harus diukir dengan cantiknya oleh pasangan supaya menjadi indah.

c) Sampai bila awak nak memendam rasa kecewa itu?
Leena: Indah betul soalan itu, saya hanya manusia biasa yang sentiasa kecewa.Sampai bila ia harus reda,biarlah Tuhan yang menentukannya.
_____________________________
8. Nur Faizah (5 Tahun)
Rakan yang suka sangat berahsia,daripada raut wajah aku dah nampak segalanya.

a) Sehari biasa kau makan nasi berapa kali tambah?
Leena: Haha! ni nak perli aku ke? :P paling banyak pun 2 kali je la. Dah memadai kot.Kalau nampak badan aku dah naik, aku kurang makan nasi tapi banyak makan makanan ringan.

b) Kawan-kawan yang kau sayang? 3 orang je.
Leena: Tak naklah jawab soalan ni. kang ada pulak terasa hati. Tapi, aku terpaksa jugak jawab. Mereka haruslah seorang yang:
1. Kawan yang memahami
2. Kawan yang bukan kaki gosip belakang-belakang
3. Kawan yang tak menyakitkan hati
hehe, OK, semua aku sayang ok.itu je lah aku boleh jawab. Aku tak nak ada yang terasa hati dengan jawapan aku nanti.Apa yang penting, korang yang surport aku untuk post kali nilah paling aku sayang. ;)

Leena Alyna: yang teristimewa menjadi pilihan hati aku. Terima kasih teman terbaik. Sumpah aku terharu. [SENYUM]

Kurniaan Terindah

Mulut Tempayan Boleh Kita Tutup
Mulut Manusia Payah Benar Nak Tutup

Setiap manusia dikurniakan Tuhan mulut yang memiliki pelbagai keindahan
Tetapi tidak semua manusia mampu menjaganya dengan baik
Setiap kurniaan adalah anugerah
Kita sebagai hamba hanya wajib mensyukuri nikmatnya
Daripada pengalaman mengenang nasib si rakan
Aku merendah diri dengan segala dugaan yang diturunkanNYA kepada mereka
Sesungguhnya Tuhan Maha Adil
Apa yang buruk ku jadikan pengajaran
Apa yang baik ku jadikan pedoman

Leena Alyna : Our conversations take care not to offend the soul of another person
Jagalah percakapan kita supaya tidak menyinggung hati mana-mana pihak

Facial Heart Symbolizes, Faces Not Everything ♥

Apa yang aku lalui , apa yang aku alami
Tidak semua orang tahu
Walaupun adakala aku berkongsi cerita disini
Tetapi , tidak harus semua yang dilalui diceritakan disini. [SENYUM]
Hanya mereka si rakan hati amat memahami tempat hati berkongsi cerita.

TALK TO MY HAND!
teruk dibahan si rakan dengan sikap aku yang banyak dengan kepura-puraan!
Stop!
Pliz jangan anggap aku penipu.
Aku hanya banyak berlakon dalam perasaan sendiri.
Itulah yang dikatakan si mereka rakan tersayang [TUNJUK GIG]
Perlukah dalam hidup kau menayangkan segala kesedihan yang kau alami?
Tidak harus begitukan [SENYUM]

Aku tahu mereka boleh baca apa yang aku rasa
Walaupun aku banyak menayangkan wajah kegembiraan
Yang kononnya kata mereka

"Muka gembira, dalam hati.."
"Alaaahaaii, tak apalah asalkan aku nampak gembira[SENYUM]"

Even flowers smile. 
So why don't we? 
So why won't we? :)


Leena Alyna : Happy for them , must be secret heartbreak.
And everybody happy smiles!

Kecewa Bukan Istilah Penamat Hidup

Nyenyak keadaan ku terbaring atas katil empuk ini
Tersentak dengan panggilan handphone Nokia yang tersimpan kemas dalam almari
Berhabuk sudah [Tunjuk Gigi]


Setelah menekan keypack berwarna hijau
Sedikit demi sedikit tangisan seorang perempuan kedengaran
Tertera aku lihat nama yang harus aku rahsiakan
Kawan baik ku menangis menyatakan apa yang berlaku dalam sebaris ayat


1: "Na.......... aku dah clash gan ****(Nama harus disembunyikan seketika)."
2: "hah?ermmmm. . kau jumpa dia tadi?"
1: "Jumpa,pas tu... petang tadi... (tangisan makin kuat kedengaran dipanggilan) esok aku cerita dengan kau"
2: "Ok, jangan nangis daaa... bye"


[Tak perlulah dihairankan jika dulu I LOVE YOU, tapi kini I HATE YOU yang keluar daripada mulut si dia]

Huh! mengeluh panjang aku setelah mematikan panggilan itu.
Ini membuatkan aku kembali ke 6 bulan lepas.
Perpisahan yang tak pernah disangka-sangka berlaku.
Hadir juga menyerang hubungan yang penat aku cuba pertahankannya tetapi kerana sikap egoisnya.
Sampai situlah hubungan berakhir.
Tetapi inilah yang dikatakan cinta tidak dihargai.

[Ada Ketika Bila Kehilangan Orang Tersayang, Engkau Bagaikan Hilang Arah Bukan. Jadi Jangan Biarkan Anda Kehilangan Arah Lagi. Teruskan ke Hadapan]

Keesokkan harinya, aku hanya melihat mata lebam si rakan aku yang sudah menampakkan segala kekecewaannya disebabkan insan yang tak pandai menghargai.
Seorang agi perempuan di dalam dunia ini teah patah hatinya.
Aku hanya mempu memujuk hati yang sedang lara itu.
Memberi sokongan jiwa dan kekuatan semangat padanya.

Air matanya yang jatuh membuat aku terkenang akan peristiwa pahit yang lalu
"Beginilah keadaan aku semasa itu, malah lebih teruk lagi." Detik si hati.
Ketika itu tiada istilah bersuara, malah ibu bapa aku pun terdiam dengan tingkah laku yang hanya berkurung diri seorang diri tanpa mengucap sepatah kata.
Malah menjadi penipuan jika aku tak pernah menangis ketika itu.
Sudah! Disini cukup mengenangkannya.


against feelings
(Melawan Perasaan)

Hanya dengan memujuk hati dengan memperkuatkan prinsip diatas aku berjaya kalahkan perasaan kecewa yang kejam itu. Akhirnya aku kembali meneruskan hidup aku seperti biasa. Bagi aku tuhan tak pernah mengecewakan perasaan hati hambanya, melainkan ingin mengajar diri hambanya mengenali kehidupan sebenar yang harus dilalui oleh semua manusia dalam dunia ini. Cuma mungkin mereka tidak ditakdirkan sama seperti takdir kita. Tetapi mereka diberi dugaan yang lain malah lebih teruk daripada kita. Rehatkan diri anda sebentar, renungkan semula bahawa Tuhan menjadikan ini kerana ada takdir yang lebih baik menanti kita. Ingatlah masih ada ramai lagi orang yang lebih susah diluar sana.

Leena Alyna : Dugaan mengajar kita erti ketabahan dan kesabaran. Belajarlah menerima kenyataan, redha dengan segala ketentuannya.

Malaysia Layak

Keseronokkan melayan perlawanan Malaysia dan Taiwan berakhir dengan sedikit kehampaan. 
Namun begitu sedikit kebanggaan lekat dihati atas kemenangan Malaysia dengan aggregate 6-5 menentang Taiwan
TAHNIAH.


Berikut keputusan perlawanan:
Di Malaysia : Malaysia 2 - 1 Taiwan = aggregate Malaysia 2 - Taiwan 2
Di Taiwan : Taiwan 3 - 2 Malaysia = aggregate Taiwan 3 - Malaysia 4

Walaupun Malaysia kalah di Taiwan, keputusan aggregate telah melayakkan Malaysia kepusingan seterusnya menentang negara jiran kita Singapura.
Semoga pemain-pemain Malaysia dapat membuat yang lebih baik lagi pada perlawanan akan datang.



Bersamalah kita rakyat Malaysia mendoakannya [SENYUM]

Leena Alyna : Apa yang hendak kita capai haruslah ada usaha dan semangat diikuti dengan doa yang ikhlas.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...