Ujilah Ketabahan Aku untuk kamu

Assalamualaikum,

Kepenatan sangat aku hari ini.
Kepala agak kesakitan jugak. Walaupun kat sekolah tak berapa nak belajar hari ini.
Aku still penat jugak. Relief hari hampir 5 mase jugaklah.
Tak membatu aku kat kelas tu hari ini.
Nasib baiklah masih ada kawan-kawan yang gila bercerita ni.
Tak adalah rasa bosan sangat. [HUHUHU]



Hari ini aku bukak FB tuhh. Dah akhirnya aku bukan IM setelah lama aku tutup.
Dan bermulalah tak menang jari aku.
Tapi hari ini, aku telah menjadi consular yg baik! [KETAWA]
Manakan tidaknya, ramai yang chat dengan aku hari ini meluahkan segala perkara yang terbuku dihati.
Ada cerita ala-ala cerita novel pun ada. 
Penat nasihat kalau hati dah gelap asyik nak salahkan takdir pun tak berguna.


_______________________________________________________


Bila hati kau dah gelap, apa yang dinasihatkan hanya sia-sia.
Ingatlah manusia. Tiada yang lebih indah selain kehidupan yang bahagia
Kalau hidup hanya menyalahkan takdir ia akan lebih terseksa.
Dunia mengajar aku erti kesabaran.
Dunia memperkenalkan aku pelbagai ragam manusia yang bermacam-macam helah.
Dan ada kalanya ia terlalu menyeksakan.
Terlalu menyakitkan sehinggakan kebatasan aku telah sampai ke batasnya.
Sedangkan ada ketikanya aku terlalu sunyi mengenangkan nasib diri.
Rakan-rakan yang gembira.
Sahabat yang bahagia.
Namun, tidak ku hiraukan kerana dunia ini sangat adil.
Walaupun kesudahan cerita hidup ini tak pernah berakhir aku tetap teguh mempertahankan hati yang lara.
Malah, aku bersyukur hati kerana aku tahu bahagia akan menanti tiba
Hikmah menanti hadir.
Tiada yang lebih indah selain perjalanan hidup menanti dewasa [SENYUM]




♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...