♥ Terlalu Sukar

Ringtone yang tidak terendah oleh aku sebentar tadi membawa petanda aku ketinggalan sesuatu.
Dunia ini terlalu seksa untuk aku terima.
Bukan niat menyalahkan takdir , tetapi kenapa kebahagiaan itu masih tidak berpemilik.



massage peminjam hati suatu ketika dulu telah diterima oleh aku
Justeru, membawa kepada kesedihan di hati. 
Pencelaruan dijiwa dan kesemakan di kepala.
Apa lagi yang hendak ditunjukkan olehnya.
Kawan disisi sekadar menepuk bahu tanpa bertutur apa-apa ketika bersama aku.
Mereka yang memahami kesedihan dan kekacauan jiwaku.
Air mata yang dah lama ingin menitis, terpaksa ditahan.
Risau akan malu dengan sikap sedemikian bila terjadi.
Hanya mampu menangis di hati yang sudah hampir membanjiri seluruh perasaan ini.
Sememangnya 5 bulan belum cukup untuk aku melupakan dan memadam sisa kenangan dengannya.
Mod aku sudah hilang. Terkejut dengan tindakan itu.
Ia sememangnya sakit untuk diterima.
Sungguhpun hati ini kuat dalam pelbagai hal, aku tak pernah kuat dalam hal sebegini.
Apakah ini suratan takdirku
Terus diseksa perasaan yang satu ini,
Terpaksa menahan segala kerinduan di hati,
Terus menangisi kepergian tanpa rela yang telah dikuburkan olehnya. [SEDIH]

Tuhan aku memohon segala petunjuk MU. Tenangkanlah hati ku dan mereka-mereka yang seperti aku ini. amin. 

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...