Resipi Manisan Kehidupan ♥

Assalamualaikum ,
tajuk mesti dah rasa macam nak masakkan. 
It's okey, cuma hari kita tak kongsi la resipi masakan tetapi kita kongsi something resipi dalam kehidupan kita.


Mesti seronok kalau hidup kita macam ais krim ini kan? Dah la manis , lazat dan berwarna warni lagi taw..
Kemanisannya menambahkan rasa asam garam dalam KEHIDUPAN kita.
Walau sehebat dan setinggi mana pun taraf KEHIDUPAN seseorang itu ataupun kamu.
Jika tiada kemanisan dalam KEHIDUPAN kamu pasti terasa dunia ini tiada makna dalam diri kamu.
Jom kita kongsi rahsia resipi-resipi kehidupan ini. [SENYUM]
___________________________________________

SECAMCA KEMAAFAN
walau sebanyak mana pun seseorang itu melakukan kesalahan yang boleh membuatkan anda benci kepadanya , tetapi lihatlah kepada kebaikan yang pernah dia buat ketika bersama dengan kamu. Lihatlah semula nilai kebaikannya. Yang positif kita lihat , yang negatif kita tinggalkan. Jadikanlah diri anda seorang pemaaf yang terbaik.

SECUBIT SENYUMAN
"senyum tak perlu kata apa-apa" pernahkan anda dengar ayat ini daripada mulut-mulut rakan-rakan mahupun orang lain. Tahukah kamu dengan seukir senyuman kamu mampu membuat hidup kamu ceria dan orang yang melihatnya bahagia. Ada juga yang membuat telahan bahawa hanya dengan seukir senyuman mampu membuat kamu kelihatan muda daripada usia sebenar.

SETANGKAI KEYAKINAN DIRI
percaya atau tidak, tanpa keyakinan diri kehidupan kamu pasti hambar. Manakan tidak, tanpa keyakinan yang dimiliki kamu ,kamu pasti tidak akan berjaya. Sebagai contoh seseorang yang malu dengan kekurangan diri tidak keluar rumah dan tidak terlibat dalam aktiviti sosial tidak akan kemana-mana hidupnya. Ingatlah tiada yang sempurna di dalam dunia ini. Nikmatilah hidup kamu.

SEGENGGAM TEKAD DAN AZAM
ini yang menarik ! dengan adanya azam pasti kamu akan berjaya mencapai cita-cita yang ada gilakan itu. Jika ada azam kamu akan lebih bersemangat untuk mencapai apa yang kamu nak. Jadi hidup ini haruslah ada azam macam makanan yang memerlukan garam dan gula untuk merasakan manisnya. Begitulah dengan kehidupan yang memerlukan azam dan semangat agar dapat memiliki kejayaan hidup.

HORMAT-MENGHORMATI SECUKUP RASA
kehidupan juga akan lebih manis jika kamu menghormati orang disekeliling kamu. Baik yang muda atau tua daripada kamu. Sesudah itu, kisarkanlah bersama dengan sifat ringan tulang dan hasilnya, kehidupan yang harmoni dan bahagia akan siap dihidang untuk kamu.


Kata orang hidup ini adakalanya terseksa batinnya,
tetapi harus diingatkan, 
apa yang diturunkan oleh-NYA 
adalah kebaikan untuk kamu kelak.
[SENYUMLAH SEMANIS MUNGKIN]

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...