♥ Kemaafan Bukan Mudah

Assalamualaikum,

Hari ini aku just nak menaip-naip ikut sesuka hati aku je.
Berkenaan dengan topik KEMAAFAN
Sememangnya perkara ini adalah kebiasaan bagi manusia biasa seperti kita
ada kalanya kita yang meminta maaf dan ada kalanya kita memaafkan orang atas sesuatu kesalahan.

Tetapi apakah Kemaafan yang di hulurkan mudah bagi kita melakukannya mahupun menerimanya?
Tak mustahil jika aku katakan susah.
Tetapi sememangnya memohon maaf lebih senang jika kita tidak mempunyai sikap egois yang tinggi tetapi mempunyai sikap rendah diri yang kuat.
Perkara yang paling susah akan menjadi perkara yang paling senang dalam hidup bukan?




Okey, now kita kembali ke kehidupan nyata.
Apakah kamu akan memaafkan seseorang yang telah membuat salah yang berat dalam hidup kamu sedangkan dia tidak putus-putus memohon maaf kepada kamu. Apakah tindakan yang anda akan lakukan jika berada di situasi demikian?
Cuba bayangkan apa yang akan berlaku kepada anda mahupun si dia.

- Tiada seorang pun yang sempurna dalam hidup ini. Tiada seorang pun dalam dunia ini tidak akan melakukan kesalahan. Jadi tidak salah untuk kita memberi peluang kepadanya jika dia benar-benar sudah berubah. :)
- Kemaafan perkara adalah hadiah paling mahal dan penawar paling mujarab untuk hati yang sakit.

Tetapi adakalanya tidak semua manusia mudah memaafkan orang lain, seperti kita yang telah mempercayainya tetapi kepercayaan kita telah dikuburkan hidup-hidup oleh dia. 
Begitu juga aku, ada suatu ketika aku menyimpan dendam kepada seorang rakan yang bernama H selama 4 tahun. Dan akhirnya kini, hati aku sudah kembali sejuk untuk memaafkannya. Walaupun dalam tempoh yang lama. Aku tetap berkeras hati.


Sebab itulah topik aku Kemaafan Bukan Mudah. Sebab aku mahu tengok adakah kamu mampu memberi kemaafan kepada orang lain dengan mudah.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...