Hikmah dan Rakan

Aku tak pernah berharapkan lebih daripada apa yang aku ada sekarang,
Kenangan lepas sangat menyeksa perasaan,
Kenapa aku tak kuat hadapi semua ini sekarang,
Orang kata, manusia ada kalanya jatuh tanpa diduga,
Walaupun dia seorang yang kuat dan tabah,
Adakalanya, dia juga gagal hadapi dugaannya,
Mudah rasa kecewa, tertekan dan akhirnya murung.

Aku tak minta semua ini terjadi,
Adakalanya, aku terlalu gembira melihat mereka bahagia,
Tetapi aku kecewa bila aku sendirian,
Tetapi aku cuba memujuk hati aku supaya tak terlalu mengikutkan perasaan,
Biarpun 5 bulan sudah berlalu,
Aku masih begini.


Senyum aku sudah pahit untuk dihulurkan kepada rakan-rakan,
Maafkan aku, aku tak tahu ingin mengatakan apa lagi,
Kelukaan, kesedihan sudah terpancar diwajah hina ini,
Aku hanya memekakkan telinga dengan apa yang dinilai oleh rakan-rakan aku,
Sebab kau tak pernah mengerti apa yang dirasakan ini.
Jadi aku tak pernah amik kesah dengan apa yang dicakapkan,

Aku terima hikmah ini,
Bila aku dalam kekusutan,
Tuhan menunjukkan aku tentang kawan,
Kawan sebenar dan kawan yang tak boleh dibuat kawan.


"Tuhan berikan aku akal memikirkan perkara lalu untuk aku terus berfikir apa sebenarnya kebaikan dan pengajaran disebalik pengalaman masa lalu"


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...