♥ Broga Terbaik!

Mata yang tak cukup tidur tetap aku paksa membukanya.
Lebam bijik mata aku pagi ni,
Jam menunjukkan pukol 6 pagi.
Aku bersiap sedia untuk gerak ke Bukit Broga yang telah banyak kali tergendala plannya.
Akhirnya aku dapat jugak pergi oleh kerana My MODENAS baru keluar wad semalam.
Aku terpaksa membawanya dengan pelahan.


Bila aku tak boleh fikirkan apa-apa,
Inilah yang aku inginkan.
Suatu ketenangan dalam hidup,
Kekosongan dalam pemikiran.
Alhamdulillah, Tuhan berikan aku peluang kali ini.



Pendakian mengambil masa 30 minit hingga satu jam itu.
Membuatkan aku semangat naik sampai kepuncak. 
Bayangkan bila ada kat atas tu,
Otak aku kosong tak terfikir apa dah.
Kalau hendak diceritakan tentang penatnya,
Kita jungle tracking pun penatkan?
So, perjalanan ni lebih kurang je.


Bila naik aku bersemangat,
Sampai di puncak, 
Aku memusingkan badan dan melihat keindahan ciptaan Tuhan,
Aku terasa kecil diatas sana.
Dah naik, takut pulak nak turun.
Tak sangka pulak dah naik setinggi itu.
Ada laluan yang agak curam untuk diredahnya.
Tapi kami tetap hebat! hehehe


Indahnya dunia.
Alangkah indahnya jika nasib dan kehidupan aku seindah pemandangan dipuncak bukit ini.
Alhamdulillah, perjalanan menuju ke puncak bukit itu tiada masalah.
4.7km. Terasa sangat puas!
Hasrat terakhir aku sebelum SPM telah tercapai.
Aku janji akan kembali kesana lagi.


[Hero kampung. Adik Terhebat]

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...