♥ Boyfriend Saya , Abah Terhebat

Terlalu awal untuk bangun tidur dipagi sabtu ini
Si Ibunda tersayang mengejutkan aku daripada tidur untuk menunaikan tanggungjawab mengukuhkan tiang agamaku.
Sesudah itu, mata ini terlalu berat untuk kembali ke alam mimpi ku
Sudahlah leena , biarkan rezeki masuk ke dalam rumah mu itu 
Pujuk hati si kecil 

Hari Temu Mesra di sekolah aku hari ini agak tenang 
Walaupun ramai yang datang
Sesudah itu , tepat jam 10 ayahanda tersayang datang untuk mengambil keputusan peperiksaan pertengah tahun aku untuk kali terakhir.
Tahun depan tiada lagi aku disekolah itu 
Adik-adik pula menyambung sesi pelajaran disana
Raut wajah abah yang manis tu
Buat aku excited nak pergi amik result
Walaupun aku tahun dah keputusan aku agak merudum sedikit
Setelah dengar segala ulasan ibunda disekolah itu dan ayahanda bercerita
Aku tetap bangga 
Aku tahu abah sentiasa bagi surport dekat aku 
Dia tahu segala minat di hati ini
Abah memahami perangai anak dia ini
Walaupun , kadang-kadang abah tempat berperang aku dirumah ini 
Tetapi abah tetap terhebat dalam hidup aku
Aku tetap bangga dengan abah aku Nazrul Anuar B Khairuddin
Tengok nama abah aku pun ada ala-ala finalis Imam Muda kan?
hehehe.
LEENA ALYNA : tak ada emak yang tak sedih kalau anak tak pernah hargai apa yang dihulurkan , tak ada bapa yang tidak akan sedih kalau anak tak mempunyai masa depan yang cerah. Tetapi itulah kehebatan mereka, mereka tidak pernah menunjukkan segala kesedihan hati mereka didepan anak-anaknya. Kerana tak mahu tengok anak-anaknya putus harapan.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...