Aku Pendengar Setia

Assalamualaikum pembaca sekalian ,
Tengok topik tuhh , adakah anda seperti aku? Bukan aku disini bermegah diri cuma ingin berkongsi sesuatu dengan kamu.







Teringat ketika berlaku pergolakkan dan pergaduhan antara sahabat-sahabat kelas ku sehinggakan aku yang tak ada kena mengena apa-apa dengan mereka ini turut menjadi mangsa keadaan. Bukan ingin mempersalahkan sesiapa tetapi aku juga amat terasa hati ketika sahabat ku menghubungi aku dan memberitahu sesuatu perkara yang tak pernah aku rasa perkara ini bakal terjadi kepada aku.

Apakah bila kita menjadi pendengar setia seorang rakan sehinggakan ada yang menyalah anggapkan perkara ini. Walaupun hati ini agak kesedihan ketika itu, aku cuba untuk mempertahankan perasaan marah ini.

Namun, aku berbangga terhadap rakan aku seorang ini , kerana berjaya menerangkan apa yang sebenarnya berlaku. AKU HANYA PENDENGAR SETIA , tidak pernah sekali pun aku memihak kemana-mana pihak. Aku hanya berminat menjadi seorang peminat dan pendengar setia kepada rakan-rakan aku sendiri. Itu sahaja..


Sudah menjadi tabiat setia orang yang lebih suka bercerita tentang diri sendiri daripada mendengar bukan? Namun kalau hanya kamu sahaja yang bercerita tanpa memberi peluang kepada orang lain untuk bercerita pasti suasana akan menjadi hambar. Malah untuk orang jadikan kamu sebagai kawan pun pasti akan difikirkan dua tiga kali. Oleh itu, jom belajar menjadi pendengar SETIa rakan anda . :)

* Apabila orang bercerita tentang apa jua masalah janganlah kamu menjadi seketul batu sahaja., berilah respon kepadanya agar dia tidak mengangap anda bosan mendengar ceritanya. Kenalah jaga hatinya jugakkan.
* Berilah tumpuan sepenuh kepadanya dan tidak memotong penceritaannya.
* Tanyalah apa jua soalan kepadanya agar nampak seperti anda berminat kepada ceritanya.
* Berilah nasihat kepadanya jika dia amat memerlukan sokongan dan semangat daripada anda.

Okey, try your best. Jadilah seorang rakan yang setia mendengar apa juga ceritanya :)

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...