♥ Pelbagai Cara DaripadaNya

Hati yang berdebar memberi banyak tanda tanya dalam hatinya
Biarpun dia sudah dikenal lama
Tak salah bila cinta itu berputik dalam hatinya
Kalau dulu anda bergaduh dengannya 
Tetapi kali ini anda malu bertegur dengannya
Apakah tanda itu?
Semalaman aku memikirkan pengalaman si rakan ini
Terlalu simpati rasanya
Aku rasakan dia sudah terbaik untuk si rakan ini
Namun bergitu aku masih musykil
Tuhan masih berikan mereka keraguan dalam hatinya ya 
Bersabarlah wahai rakan 
Cinta sentiasa datang dalam banyak cara,
  • Adakalanya dia datang dalam keadaan yang membahagiakan
  • Adakalanya dia datang dalam keadaan yang mendukacitakan
  • Adakalanya dia datang dalam keadaan yang tak disangka kehadirannya
Namun , itulah takdir.
Tuhan memberikan kita cinta dalam banyak cara supaya kita dapat memikirkan Tuhan tak pernah menyeksa hati dan perasaan kita
Tuhan hanya suka menduga ketabahan dan kesabaran hambanya
Jadi bersenyumlah jika sudah tiba masanya anda membuka hati itu

LEENA ALYNA: berhentilah membenci cinta yang bakal hadir , sebab kegagalan cinta yang lalu. Sampai bila harus dicarik luka dihati itu. Sedangkan ada hati yang sedang menunggu untuk merawatnya.
 

♥ Boyfriend Saya , Abah Terhebat

Terlalu awal untuk bangun tidur dipagi sabtu ini
Si Ibunda tersayang mengejutkan aku daripada tidur untuk menunaikan tanggungjawab mengukuhkan tiang agamaku.
Sesudah itu, mata ini terlalu berat untuk kembali ke alam mimpi ku
Sudahlah leena , biarkan rezeki masuk ke dalam rumah mu itu 
Pujuk hati si kecil 

Hari Temu Mesra di sekolah aku hari ini agak tenang 
Walaupun ramai yang datang
Sesudah itu , tepat jam 10 ayahanda tersayang datang untuk mengambil keputusan peperiksaan pertengah tahun aku untuk kali terakhir.
Tahun depan tiada lagi aku disekolah itu 
Adik-adik pula menyambung sesi pelajaran disana
Raut wajah abah yang manis tu
Buat aku excited nak pergi amik result
Walaupun aku tahun dah keputusan aku agak merudum sedikit
Setelah dengar segala ulasan ibunda disekolah itu dan ayahanda bercerita
Aku tetap bangga 
Aku tahu abah sentiasa bagi surport dekat aku 
Dia tahu segala minat di hati ini
Abah memahami perangai anak dia ini
Walaupun , kadang-kadang abah tempat berperang aku dirumah ini 
Tetapi abah tetap terhebat dalam hidup aku
Aku tetap bangga dengan abah aku Nazrul Anuar B Khairuddin
Tengok nama abah aku pun ada ala-ala finalis Imam Muda kan?
hehehe.
LEENA ALYNA : tak ada emak yang tak sedih kalau anak tak pernah hargai apa yang dihulurkan , tak ada bapa yang tidak akan sedih kalau anak tak mempunyai masa depan yang cerah. Tetapi itulah kehebatan mereka, mereka tidak pernah menunjukkan segala kesedihan hati mereka didepan anak-anaknya. Kerana tak mahu tengok anak-anaknya putus harapan.

Upppss! Biar Betul

Kegemukan sudah terselah.
Aku diam bila ada yang menegur sebab aku sedang gelabah.
Tetapi ini bukan kali pertama,
dah ada dua tiga mata-mata yang memerhati dan mulut-mulut bersuara.


Saya mula kuat makan sejak-sejak.............. faham-fahamlah,
Bila saya stress saya makan, Bila saya tertekan saya makan,
Bila saya lapar saya makan. Bila saya kenyang pun saya makan.
Macam mana tak gemukkan?


Adakala, aku rasa misi dah berjaya
tapi, aku still takut untuk mengemukkan badan.
Ma pernah cakap, aku mempunyai rangka tulang yang besar jadi aku mudah nak gemuk.
OHHHH! TIDAK.
risau pun ada, apa-apa pun aku still maintainkan keseimbangan aku.
NORMAL :)





[Aku hanya nikmati kehidupan selagi mata ini tidak terlelap selamanya]


Bila ♥ Diketuk

Phenomena bermula apabila si rakan bertindak mengenalkan si hati dengan si cinta,
Terlalu awal perkenalan,
Namun, si cinta sudah mula bermain gila.

Cinta: (PINTU SI HATI DIKETUK SEKENCANGNYA)
Hati: Terlalu takut untuk membukanya, kerana risau disalah masuk oleh orang yang tidak bertanggungjawab.



CINTA DATANG MEMINTA BELAS KASIAN DARIPADA SI HATI.
Si hati terus bermain dengan perasaan sendiri.

SEMOGA SI HATI MENDAPAT RAHMAT DARIPADA ALLAH taala. amin.

♥ Broga Terbaik!

Mata yang tak cukup tidur tetap aku paksa membukanya.
Lebam bijik mata aku pagi ni,
Jam menunjukkan pukol 6 pagi.
Aku bersiap sedia untuk gerak ke Bukit Broga yang telah banyak kali tergendala plannya.
Akhirnya aku dapat jugak pergi oleh kerana My MODENAS baru keluar wad semalam.
Aku terpaksa membawanya dengan pelahan.


Bila aku tak boleh fikirkan apa-apa,
Inilah yang aku inginkan.
Suatu ketenangan dalam hidup,
Kekosongan dalam pemikiran.
Alhamdulillah, Tuhan berikan aku peluang kali ini.



Pendakian mengambil masa 30 minit hingga satu jam itu.
Membuatkan aku semangat naik sampai kepuncak. 
Bayangkan bila ada kat atas tu,
Otak aku kosong tak terfikir apa dah.
Kalau hendak diceritakan tentang penatnya,
Kita jungle tracking pun penatkan?
So, perjalanan ni lebih kurang je.


Bila naik aku bersemangat,
Sampai di puncak, 
Aku memusingkan badan dan melihat keindahan ciptaan Tuhan,
Aku terasa kecil diatas sana.
Dah naik, takut pulak nak turun.
Tak sangka pulak dah naik setinggi itu.
Ada laluan yang agak curam untuk diredahnya.
Tapi kami tetap hebat! hehehe


Indahnya dunia.
Alangkah indahnya jika nasib dan kehidupan aku seindah pemandangan dipuncak bukit ini.
Alhamdulillah, perjalanan menuju ke puncak bukit itu tiada masalah.
4.7km. Terasa sangat puas!
Hasrat terakhir aku sebelum SPM telah tercapai.
Aku janji akan kembali kesana lagi.


[Hero kampung. Adik Terhebat]

♥ I-City with Family

"Tidur okeyh, malam ni abah bawak pergi I-City, PILOT DRIVER(aku) ada boleh tunjuk jalan. hehe"

Kalau dulu, janji abah susah kami nak percaya.
Sebab buzy dengan Bola Sepaknya punn.
Tetapi hari ini abah tak mungkir janji dah okey.
Semperna Hari Bapa. Azam baru dah ada ye.


Malam ni, abah bawa kami 1 family ke Shah Alam bersama dengan family mak cik aku sekali.
Jangkaan aku tak salah, malam ni memang ramai oranglah. 
Parking full tak macam masa aku pergi dengan geng-geng gemuk aku.
Masa aku pergi kurang jugak manusia kat situ. huhu.

[Passangers isi minyak dulu]

Apa-apa pun best keluar dengan sepupu-sepupu aku.
Dapat tenangkan fikiran sikit walaupun sepupu-sepupu aku tu semua kecik-kecik lagi.
Aku terselamat daripada menjadi baby sister malam tu.
Sebab kasut tinggi sangat kot, bak kata my Acu tuhh. huhu.


[Family ACU tumpang glamor siket]

Hikmah dan Rakan

Aku tak pernah berharapkan lebih daripada apa yang aku ada sekarang,
Kenangan lepas sangat menyeksa perasaan,
Kenapa aku tak kuat hadapi semua ini sekarang,
Orang kata, manusia ada kalanya jatuh tanpa diduga,
Walaupun dia seorang yang kuat dan tabah,
Adakalanya, dia juga gagal hadapi dugaannya,
Mudah rasa kecewa, tertekan dan akhirnya murung.

Aku tak minta semua ini terjadi,
Adakalanya, aku terlalu gembira melihat mereka bahagia,
Tetapi aku kecewa bila aku sendirian,
Tetapi aku cuba memujuk hati aku supaya tak terlalu mengikutkan perasaan,
Biarpun 5 bulan sudah berlalu,
Aku masih begini.


Senyum aku sudah pahit untuk dihulurkan kepada rakan-rakan,
Maafkan aku, aku tak tahu ingin mengatakan apa lagi,
Kelukaan, kesedihan sudah terpancar diwajah hina ini,
Aku hanya memekakkan telinga dengan apa yang dinilai oleh rakan-rakan aku,
Sebab kau tak pernah mengerti apa yang dirasakan ini.
Jadi aku tak pernah amik kesah dengan apa yang dicakapkan,

Aku terima hikmah ini,
Bila aku dalam kekusutan,
Tuhan menunjukkan aku tentang kawan,
Kawan sebenar dan kawan yang tak boleh dibuat kawan.


"Tuhan berikan aku akal memikirkan perkara lalu untuk aku terus berfikir apa sebenarnya kebaikan dan pengajaran disebalik pengalaman masa lalu"


Mengatasi Tekanan Perasaan Mengikut Cara Islam

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Tip Mengurangkan Tekanan
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 
  • Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.


♥ Terlalu Sukar

Ringtone yang tidak terendah oleh aku sebentar tadi membawa petanda aku ketinggalan sesuatu.
Dunia ini terlalu seksa untuk aku terima.
Bukan niat menyalahkan takdir , tetapi kenapa kebahagiaan itu masih tidak berpemilik.



massage peminjam hati suatu ketika dulu telah diterima oleh aku
Justeru, membawa kepada kesedihan di hati. 
Pencelaruan dijiwa dan kesemakan di kepala.
Apa lagi yang hendak ditunjukkan olehnya.
Kawan disisi sekadar menepuk bahu tanpa bertutur apa-apa ketika bersama aku.
Mereka yang memahami kesedihan dan kekacauan jiwaku.
Air mata yang dah lama ingin menitis, terpaksa ditahan.
Risau akan malu dengan sikap sedemikian bila terjadi.
Hanya mampu menangis di hati yang sudah hampir membanjiri seluruh perasaan ini.
Sememangnya 5 bulan belum cukup untuk aku melupakan dan memadam sisa kenangan dengannya.
Mod aku sudah hilang. Terkejut dengan tindakan itu.
Ia sememangnya sakit untuk diterima.
Sungguhpun hati ini kuat dalam pelbagai hal, aku tak pernah kuat dalam hal sebegini.
Apakah ini suratan takdirku
Terus diseksa perasaan yang satu ini,
Terpaksa menahan segala kerinduan di hati,
Terus menangisi kepergian tanpa rela yang telah dikuburkan olehnya. [SEDIH]

Tuhan aku memohon segala petunjuk MU. Tenangkanlah hati ku dan mereka-mereka yang seperti aku ini. amin. 

Keletihan Diri.

Hey. Hari ini agak keletihan badan-badan.
So tired.HUH!

Cerita disekolah, hari ini tiada lagi peperiksaan SPM ulangan bagi batch 2010.
Jadi tiadalah masa relief hari ini.
Namun begitu , kelas aku hari ini agak kesunyian oleh kerana tiada wajah-wajah penyeri kelas,
Mereka mengikut aktiviti lawatan sekolah.

Tentang keputusan exam, ada yang dah mengecewakan aku.
Namun begitu, tiada perkara yang boleh mematahkan semangat aku.

Menghabiskan masa bersama 4 orang classmate aku amat menyenangkan hati aku.
Biar pun masa tidur petang kami terganggu dengan aktiviti memasak yang di lakukan oleh cik edah kita.
Di join oleh cik zura ,encik zariq dan encik izhar.
Thanks coz menghabiskan masa kita hari ini.

Keletihan yang teramat memohon aku untuk berehat seketika. [SENYUM]

Ujilah Ketabahan Aku untuk kamu

Assalamualaikum,

Kepenatan sangat aku hari ini.
Kepala agak kesakitan jugak. Walaupun kat sekolah tak berapa nak belajar hari ini.
Aku still penat jugak. Relief hari hampir 5 mase jugaklah.
Tak membatu aku kat kelas tu hari ini.
Nasib baiklah masih ada kawan-kawan yang gila bercerita ni.
Tak adalah rasa bosan sangat. [HUHUHU]



Hari ini aku bukak FB tuhh. Dah akhirnya aku bukan IM setelah lama aku tutup.
Dan bermulalah tak menang jari aku.
Tapi hari ini, aku telah menjadi consular yg baik! [KETAWA]
Manakan tidaknya, ramai yang chat dengan aku hari ini meluahkan segala perkara yang terbuku dihati.
Ada cerita ala-ala cerita novel pun ada. 
Penat nasihat kalau hati dah gelap asyik nak salahkan takdir pun tak berguna.


_______________________________________________________


Bila hati kau dah gelap, apa yang dinasihatkan hanya sia-sia.
Ingatlah manusia. Tiada yang lebih indah selain kehidupan yang bahagia
Kalau hidup hanya menyalahkan takdir ia akan lebih terseksa.
Dunia mengajar aku erti kesabaran.
Dunia memperkenalkan aku pelbagai ragam manusia yang bermacam-macam helah.
Dan ada kalanya ia terlalu menyeksakan.
Terlalu menyakitkan sehinggakan kebatasan aku telah sampai ke batasnya.
Sedangkan ada ketikanya aku terlalu sunyi mengenangkan nasib diri.
Rakan-rakan yang gembira.
Sahabat yang bahagia.
Namun, tidak ku hiraukan kerana dunia ini sangat adil.
Walaupun kesudahan cerita hidup ini tak pernah berakhir aku tetap teguh mempertahankan hati yang lara.
Malah, aku bersyukur hati kerana aku tahu bahagia akan menanti tiba
Hikmah menanti hadir.
Tiada yang lebih indah selain perjalanan hidup menanti dewasa [SENYUM]




♥ First Day in the School after HOLIDAY

Assalamualaikum,

Upsss ! sorry title tu terspeaking siket [SENYUM]
Hari ini aku nak bercerita apa yang dibuat , dilihat di sekolah untuk hari pertama selepas cuti 2 minggu yang berakhir semalam tu.
Aku sekadar berkongsi.


Tengok gelagat kawan-kawan yang ada yang berwajah gembira dan ada juga yang hadir dalam keadaan tak terurus gayanya sebaik tiba disekolah jam 7.15 a.m.
Agaknya mungkin mereka yang berkenaan ini belum puas menikmati cuti.
Seperti aku dan rakan-rakan yang agak kemalasan bangun pagi dan mandi.
Namun harus juga kami teruskan, walaupun penat juga mata yg membengkak dan mulut yang tak berhenti terbuka.(menguap)


Tapi lain pula cerita bila tiba di sekolah CHERAS JAYA tuuu.
Dengan keadaan yang merindui sekolah dan rakan taulan.
Mulut mereka tidak berhenti bercerita setelah 2 minggu tidak bersua malah menyimpan pelbagai cerita pahit dan manis!
Wahhhh! macam-macam cerita aku dengar hari ini, ada juga yang tak berkesempatan untuk bercerita. Tak apa, esok masih ada. [SENYUM SEMANIS MANIS]
agak gembira melihat mereka bahagia [SENYUM]


Cerita tentang keputusan exam petengahan lepas, nanti aku akan kongsikan. 
Oleh sebab banyak lagi paper yang belum dapat.
Wait and See. 
Aku tidak bijak seperti anda, aku hanya mampu melakukan apa yang mampu.


:Happy Birthday Cikwan :)

♥Sekolah Sekolah Sekolah

Assalamualaikum ,
 
Petang tadi aku dah selesai mencuci motor yang dah berkarat setelah 1 minggu aku tak menunggangnya ketika dikampung. Memang berkilat habislah. huhu.
Ramai yang excited esok ye. Cuti penggal kedua bakal tamat setelah masuk 12 a.m. malam ini.
Aku mengupdate ni sekadar mengingatkan diri


"BAHAWA ESOK BERMULALAH DUTY HARIAN BERSAMA CLASSMATE and CIKGU-CIKGU SEMULA. PERSIAPAN PEPERANGAN PERLU DISEDIAKAN KERANA PEPERANGAN AKAN BERMULA LEBIH KURANG 5 BULAN LAGI"

maka disini.
missleenaalyna.blogspot.com akan kesekolah esok !
Selamat Menjamu buku sekolah esok kawan-kawan. [SENYUM]

♥ Kamu Perlu Tahu Ini

Assalamualaikum, [SMILE]

Teruskan sahajalah ye, nak kongsi-kongsi pengetahuan aku hari ini.





♥Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dan sanggup mati kerana kamu (BETUL KE?) 

♥ Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dalam beberapa cara (MACAM MANA TU?)

♥ Sebab utama seseorang membenci kamu adalah kerana dia ingin menjadi seperti kamu (DENGKILAH TU)

♥ Senyuman daripada kamu boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai kamu (OUHH! INDAHNYA DUNIA)

♥ Setiap malam pasti ada yang mengigati kamu sebelum tidur begitu juga anda mengingati seseorang walaupun musuh kamu sekali pun (TU YANG TERBAWAK SAMPAI MIMPI TU)

♥ Kamu amat bermakna dalam hidup seseorang (SUDAH TENTU PASANGAN ANDA)

Kalau bukan kerana kamu, seseorang itu tidak akan hidup bahagia (DI HARGAILAH TU)

♥ Kamu seorang yang istimewa dan unik (KELEBIHAN DIRI MASING-MASING)

♥ Seseorang yang tidak kamu ketahui amat menyayangi kamu (TUNGGU DAN LIHAT)

♥ Apabila kamu membuat kesilapan besar pasti ada hikmah disebaliknya (ADAT DUNIA)

♥ Sekirannya kamu merasakan kamu dipinggirkan, fikirlah semula. Mungkin kamu yang berjauhan daripada mereka (MUNGKINKAH?)

♥ Kenangilah segala pujian yang kamu terima. Lupakan segala maki hamun, caci dan cela. Jika ingin bahagia.  (SENYUM)

♥ Kemaafan Bukan Mudah

Assalamualaikum,

Hari ini aku just nak menaip-naip ikut sesuka hati aku je.
Berkenaan dengan topik KEMAAFAN
Sememangnya perkara ini adalah kebiasaan bagi manusia biasa seperti kita
ada kalanya kita yang meminta maaf dan ada kalanya kita memaafkan orang atas sesuatu kesalahan.

Tetapi apakah Kemaafan yang di hulurkan mudah bagi kita melakukannya mahupun menerimanya?
Tak mustahil jika aku katakan susah.
Tetapi sememangnya memohon maaf lebih senang jika kita tidak mempunyai sikap egois yang tinggi tetapi mempunyai sikap rendah diri yang kuat.
Perkara yang paling susah akan menjadi perkara yang paling senang dalam hidup bukan?




Okey, now kita kembali ke kehidupan nyata.
Apakah kamu akan memaafkan seseorang yang telah membuat salah yang berat dalam hidup kamu sedangkan dia tidak putus-putus memohon maaf kepada kamu. Apakah tindakan yang anda akan lakukan jika berada di situasi demikian?
Cuba bayangkan apa yang akan berlaku kepada anda mahupun si dia.

- Tiada seorang pun yang sempurna dalam hidup ini. Tiada seorang pun dalam dunia ini tidak akan melakukan kesalahan. Jadi tidak salah untuk kita memberi peluang kepadanya jika dia benar-benar sudah berubah. :)
- Kemaafan perkara adalah hadiah paling mahal dan penawar paling mujarab untuk hati yang sakit.

Tetapi adakalanya tidak semua manusia mudah memaafkan orang lain, seperti kita yang telah mempercayainya tetapi kepercayaan kita telah dikuburkan hidup-hidup oleh dia. 
Begitu juga aku, ada suatu ketika aku menyimpan dendam kepada seorang rakan yang bernama H selama 4 tahun. Dan akhirnya kini, hati aku sudah kembali sejuk untuk memaafkannya. Walaupun dalam tempoh yang lama. Aku tetap berkeras hati.


Sebab itulah topik aku Kemaafan Bukan Mudah. Sebab aku mahu tengok adakah kamu mampu memberi kemaafan kepada orang lain dengan mudah.

♥ Kini Kegilaan Saya

Assalamualaikum, [KENYIT MATA] ;)

okey, apa-apa pun thank sebab baca.
Now aku nak berkongsi cerita.
Orang mengenali aku dari dulu daripada perwatakkan yang ber-Tshirt, ber-Jeans dan ber-Kasut tali.(Ala-ala budak lelaki punya gaya)
Tapi harus diingatkan aku bukan seperti yang korang fikir tuu, 
(kalau fikir benda baik tak apalah)
[SENYUM]



Ala-ala beginilah.

Now, semenjak 2 3 bulan lepas.
Penampilan aku sudah sedikit berubah.
Namun aku masih mengekalkan ber-Tshirt tu lagi tetapi tidak lagi ber-Kasut tali.
Tetapi kini sudah ke arah ladies siket kot. (itu yang kenalan aku cakap)
"Eh, kak long! kasut kau mana? Hei, dah ladies sekarang. hahaha"
"Wow! tinggi benor kasut tu. Boleh ke jalan tuh? hehehe"
(Berikut sedikit keperlian aku dapat masa mula-mula berjinak dengan WEDGES ni semenjak 2 3 bulan lalu)
Tapi apa aku kesah. Aku beli pasut tu pakai duit aku jugak. :)


Aku kini sudah menjadi gila dengan WEDGES SHOES
Tak sangka akhirnya terbukak hati juga aku untuk menerima gaya agak ladies ni. [HIHIHI]
Aku bukan apa, dengan aktiviti pemotoran aku susah siket nak bergaya ladies ni. 
Tetapi WEDGES sudah membuktikan pada aku bahawa orang yang naik motor pun boleh pakai wedges taw, huhu 
Tinggi mana pun aku tak kisah. Asal ada kasut WEDGES. [SENYUM]

Hay, nampaknya kenalah cari pakwe lebih tinggi daripada aku lepas ni. Sebab kasut dah makin tinggi pulak aku pakai yew. Ceh! gurau jelah. Single is First :)
[SENYUM NAMPAK GIGI]

Jiwa Kacau Seketika

Assalamualaikum ,
just nak meluah perasaan hari ni.

Apa pulak kali ni , tah apa yang dia hantar dekat aku tu semua perbualan aku masa aku masih gan dia.
Time tu kenangan di skype.
Bacalah kalau orang dah hantarkan?
Sedih sangat teringat ! huh!
Walaupun 5 bulan berlalu, kesan masih berparut di hati.
Pliz leena tabahkan diri anda sayang.

Sedang elok aku melayan perasaan , ada pulak ayat ni keluar daripada status seorang rakan FB aku

hanya 1 saat kita TERPIKAT pada seseorang
1 minit utk jatuh HATI
1 jam utk MENYUKAINYA
1 ary utk MENCINTAINYA
tapi ia mengambil masa seumur hidup utk melupakan nye..



Jadi ? aku masih tergolong dalam kategori yang terakhirlahkan?
Tapi aku tahu Tuhan Maha Adil.
Semua ni dugaan dalam hidup aku.
Aku nak menangis air mata dah kering dengan tangisan-tangisan lepas,
apa lagi yang aku ada?
Hanya kenangan yang akan aku simpan dalam ingatan aku sampai mati.




Maaf sebab aku tipu diri aku sendiri bahawa aku dah lupakan kau, tapi kenyataannya masih tidak.



♥ Kuala Lumpur panggil BALIK.

assalamualaikum kesayangan saya semua,
Hari ni aku kembali mengarang semula setelah seminggu dikampung Cik Siti Wan Kembang tu.
Akhirnya tapak kelahiran aku dah mengajak pulang ke kampung halaman. 
Hehehe, kampung ke Kuala Lumpur tu? hihi
Bolehlahkan, [senyum.senyum]


Okey, sekarang aku nak cerita pengalaman 1st time balik kampung tanpa ayahanda kesayangan,
dia tak dapat cuti untuk join sekaki dengan kami balik kampung. 
Malah, abah buzy dengan masyuk bola sepak lagi. It's ok, kami faham.
Dan tidak semena-mena aku dan keluarga terpaksa menaiki bas pulang ke kampung.


Berikut cerita sewaktu ingin pulang ke kampung,
Tempat naik bas : Stesen Putra
Jenis Bas : Mutiara Euro
(aku naik blur pkir euro tu apa? Rupa-rupanya bas dua tingkatlah)
Masa : 9.30 malam
: ini yang best nak cerita, bas yang kononnya pukol 9.30 malam tu delay macam naik flight pulakkan, mula-mula aku target dalam pukol 12.00 tgh mlm la sampai. last-last dekat pukol 3 pagi baru bas tu sampai oleh sebab ada excident dekat Bukit Tujuh. Semua jadual bas jadi terganggu. Apa-apa pun, bas aku yang terakhir datang. HAHAHA, kelakar sangat. Tapi serius penat. Aku tak tidur pun masa tengah tunggu bas tu takut-takut kalau aku tido, bangun-bangun mata dah macam kunfu PANDA tuh pulak. Aku tengok adik-adik n mak aku je tidur. Tapi abah still ada teman kiteorang semua sampai kiteorang naik bas. Tu sebab aku cakap abah aku tulah BOYFRIEND aku sekarang! hehehe. Sayang Abah saya :)


Alhamdulillah , sampai jugak kat kampung tuhh.
kalau nak cerita apa aku buat kat sana memang panjang berjele lakan.
Apa-apa pun, cukuplah sampai sini ok ? :)
Aku lampirkan gambar bersama sepupu TERBOEK aku :D




♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...