Langkah ditarik

Dua hari berturut-turut air mata yang kering daripada mata.

Dua kali aku bawak diri, aku cuba untuk terima kenyataan.
Dua kali aku gagal, kenapa susah sangat

Bila hati dah bersedia, ada sahaja yang menarik
Bila jiwa dah redha, ada sahaja yang menghalang

Bendanya simple tapi deep.
Allah, apa sebenarnya. Aku harap masa tu akan berlalu dengan cepat.
Sama ada aku akan teruskan langkah, atau kebahagian menarik aku semula.

Benda yang digengam sukar dilepaskan, benda yang kekal dijantung susah untuk dibuang melainkan masa yang akan mengubah semua tu.

Senyum yang kekal sakit

Cepat sangat masa tu berlalu
Aku yang tak pernah terfikir semua ni jadi
Bila kau tengok keluarga kau happy tengok kau senyum
Aku tahu dia orang nak aku happy lepas hancurnya hati anak dia
Tak terfikir untuk secepat ni

Ma yang tak lepas senyum dekat bibir
Abah yang tak berhenti relakan
Adik-adik yang tak henti bertanya bercerita

Korang along mintak maaf
Sebab kenyataan dia along dengan dia duduk dalam cinta yang sakit.



"kami yang senyum, kenyataan dalam jantung berkali hancur dan berdarah. 
"kami yang senyum, kenyataan dalam jantung bergegar memberontak.
"kami yang senyum, kenyataan dalam jantung menagis meraung. 

Macam mana nak jelaskan bila masih ada yang tersekat
Macam mana nak jelaskan bila masih ada kenyataan yang belum terungkai
Sakit sakit and terus sakit